Tuesday, December 15, 2009

Renungan Bersama



Monday, December 14, 2009

Allah Knows Better

Bismillahirrahmanirahim...

Assalamualaikum warahmatullah..

"Ketika saya ingin pergi jauh, Allah tempatkan saya dekat. Ketika Saya ingin berada dekat, Allah tempatkan saya jauh pula"

Saya tidak sepatutnya mengeluh, baru sedikit diuji. Seperti lagu sesekali diuji. Saya terlalu sedih apabila mengetahui fakulti telah men'campak'kan saya mengikuti Latihan Industru (LI) di Kuala Lumpur. Sangat sedih saya mendengar berita ini, kerana pada mulanya nama saya ditempatkan di sebuah company kawasan Pengkalan Chepa, berdekatan dengan kampus saya.

Saya tidak mahu bercerita panjang untuk entry kali ini. Tetapi sedihnya saya sebenarnya kerana masih ada taklifan yang tak terlaksana semester ini. Ada sesuatu yang terlalu sayang untuk saya tinggalkan selama 6 bulan.

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik pada kamu, bleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu" Surah al baqarah: 216.

Begitulah ayat-ayat cinta Allah di dalam kitabNya. Allah knows better. Always believe in Allah.... Saya di KL, harap bukan seperti di dalam "gua".


p/s: Entry kali ini saya rasa saya sahaja yang faham. huk2..

Thursday, December 10, 2009

Always Be There (Edited)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullah...

Dalam entry sebelum ini saya ada memasukkan lirik lagu nasyid yang bertajuk Always Be There by Maher Zain. Ketika itu, lirik lagu yang saya upload ke dalam blog ini adalah lirik yang ditulis sendiri. Saya telah mencari liriknya di dalam carian google, tetapi saya tidak menjumpainya. Sebab itulah dengan bantuan adik lelaki saya, saya cuba menulis liriknya. Terima kasih diucapkan kepada saudara Zahid Zuhri yang membetulkan beberapa perkataan yang salah dalam lirik lagu ini.

Kali ini saya upload kembali lirik lagu ini kerana saya telah menjumpai liriknya yang sebetulnya di dalam sebuah laman web. Maaf atas kesilapan lirik lagu sebelum ini.

Always Be There
Munsyid: Maher Zain
Album: Thank You

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Sumber: http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/always-be-there/

Monday, December 7, 2009

Muhasabah 21 Tahun Hidup di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum warahmatullah...

Tanggal 18 November 2009 yang lepas genaplah umur saya 21 tahun. Semakin banyak pertambahan umur semakin kita mendekati pada MATI. Negara Malaysia telah meletakkan umur 21 tahun sebagai umur yang cukup matang bagi seseorang untuk memilih pemimpin negara. Bermakna juga, bertambah tanggungjawab yang harus dipikul. Bak kata orang "the older you are, the wiser you should be". Semakin banyak pertambahan umur semakin banyak juga tanggungjawab yang harus dipikul.

Orang pertama yang mengingati hari lahir saya sudah tentunya insan yang melahirkan saya, emak. Inilah 2 insan hebat yang mentarbiyah saya menjadikan saya seperti hari ini.




Kepada mereka2 yang mengingati hari lahir saya, yang mendoakan saya, menghantar SMS. Terima kasih atas ucapan dan doa anda semua. Saya sangat terharu (^_~), sayang kamu semua. Bersama doakan sahabat.

Sepanjang 21 tahun hidup di dunia ini, sudah tentu pelbagai pengalaman, suka duka, cabaran dan kenangan yang telah saya lalui. Selama 21 tahun hidup di dunia fana ini memang terlalu banyak lagi yang belum dicapai dan saya mengaku saya masih kabur dalam merancang masa depan hidup saya.

Saya dan Usrah

Usrah itu adalah keluarga dari segi bahasanya. Tetapi dari segi istilahnya satu unit kumpulan individu-individu muslim (Fardul Muslim) yang beriman dengan Allah, yang diikat dengan kesatuan Akidah (kesatuan keimanan), kesatuan pemikiran (fikrah), dalam memahami dan menghayati Islam secara syumul. Usrah adalah salah satu uslub (cabang) tarbiyah. Saya mula mengenali usrah ketika saya sudah berumur 16 tahun. Ketika saya tingkatan 4 di mana ketika itu belajar di SESTER. Terasa nikmat berada dalam usrah, sesi muhasabah dalam halaqah, diikat dengan ukhuwah islamiah, hati merasa tenang, 'benda' yang di cari-cari akhirnya terjumpa di sini. Bermula dengan sekali menghadiri, dua kali seterusnya menjadikan ia rutin seminggu sekali. Sehinggakan saya merasa amat rindu untuk menantikan waktu usrah sekali seminggu.

Alhamdulillah, ketika masuk ke KMPh, Allah telah mempertemukan dengan usrah tanpa perlu saya mencari. Alhamdulillah, ketika ini terasa sungguh indah ditarbiyah, disaluti dengan kemanisan ukhuwah islamiyah, sepanjang perjalanan ditarbiyah sentiasa ditemani oleh mehnah yang tidak kunjung putus. Dari situ, saya merasakan terlalu sayang untuk meninggalkan usrah.

Bila mengetahui saya diterima masuk ke UMK sebagai pelajar batch pertama. Rasa takut tidak bertemu usrah di tempat baru mula mengasak diri. Sejak itu, saya sentiasa berdoa moga Allah tidak memisahkan saya dengan usrah, saya berdoa agar Allah mempertemukan saya dengan usrah tidak kira di mana saya berada. Setelah setahun saya menyedari ternyata di sini saya yang perlu menjadi pembentuk dan penggerak usrah bukan seperti saya di tempat2 terdahului di mana tidak perlu membentuk sendiri bahkan tidak perlu mencari. Menyedari diri juga tidak seberapa mantap dalam pengendalian usrah, sudah tentu banyak cabarannya.

Saya dan Dakwah

Saya mula mengenali dakwah ketika saya melangkah ke KMPh. Sebelum ini, saya sudah mengetahui maksud dakwah, saya memahami tanggungjawabnya. Tetapi, manusia bila keseorangan, susah untuk membawa TAHU dan FAHAM itu menuju MAMPU.

Sangat banyak dalil dari al-quran dan hadis yang menyeru muslimin untuk berdakwah. Satu hadis Rasulullah saw yang menyentuh hati saya, hadis ringkas namum ia begitu menyentak hati saya. Sabda Rasulullah: “Setiap yang mengucap lailahaillah itu adalah daie”. Hadis ini membuatkan saya terfikir2 sdh kah sepanjang saya hidup ini saya menjalankn tanggungjawab sebagai daie. Jika jawapannya sudah sekalipun, terlalu sikit, entah dipandang Allah atau tidak. Moga segala ‘dagang’ saya di dunia ini diterima Allah sebagai ‘keuntungan’ apabila di sana kelak. amin..

Bertemunya dengan sahabat2 yang juga faham tanggungjawab sebagai daie menjadikan saya mula bergiat dengan dunia dakwah. Berfikir sebagai seorang daie, tetapi ternyata untuk menyeru yang benar itu susah. Sebab itulah sabda Rasulullah “Sampaikanlah walau satu ayat..” Kerna manusia itu sebenarnya mampu untuk menyampaikan berayat-ayat tetapi dek kerana berkata kebenaran itu terlalu pahit, kerna juga menegakkan Islam itu seperti memegang bara api.

Penutup

Ternyata, 2 benda ini memberi makna yang mendalam dalam hidup saya sepanjang 21 tahun hidup di dunia. Alhamdulillah buat Rabbul Izzah atas nikmat dakwah dan tarbiyah ini. Dakwah dan tarbiyah menyuntik semangat saya dalam memaknakan kehidupan di dunia ini.


p/s:
1) Article telah lama ditulis sebenarnya. Alhamdulillah selesai juga.
2) Sepatutnya ada satu lagi subtopik dalam article ini sebelum penutup. Kerana saya rasakan terlalu panjang dan saya agak malas menulis, saya tamatkan setakat ini sahaja. Mungkin satu lagi subtopik ini saya akan upload sebagai entry yang lain.
3) Takziah buat 2 mangsa maut tragedi KBMall. Saya muhasabah sendiri membaca berita ini.
4)Problem2... saya agak malas menulis beberapa hari ni. Mudah sangat hilang fokus. Ya Allah, hanya dengan rahmat dan kasih sayangMu menjadikan aku terus istiqamah.

Friday, December 4, 2009

Kursus Jati Diri dan Keusahawanan

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, pada 30/11/-2/12 yang lepas saya telah diamanahkan untuk menjadi fasilitator Kursus Jati Diri dan Keusahawanan. Kelainan program ini berbanding dengan program2 yang pernah saya sertai sebelum ini adalah peserta2 program kali ini adalah di kalangan muallaf. Sebagai sebuah universiti yang berteraskan keusahawan UMK bukan sahaja menerapkan nilai2 keusaawanan dalam diri pelajar2 umk shj malah juga umk banyak menganjurkan program penerapan nilai2 keusahawanan kepada masyarakat luar. Justeru, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah telah menganjurkan Kursus Jati diri dan Keusahawanan kepada pelajar2 IDIP (institut dakwah Islamiyah PERKIM) dimana mereka2 adalah terdiri daripada muallaf. Satu pengalaman yang baru kepada saya dapat mendekati muallaf.

Sebak hati saya melihat wajah2 yang terpancar ketenangan setelah hati terbuka menerima Islam sebagai deenul haq. Ini juga pertama kali saya menjadi fasi untuk peserta yang lebih tua usianya daripada saya. Saya sangat teruja melihat peserta2 sangat bersemangat dari hari pertama program sampailah tamat program. Saya berasa sebak melihat betapa insan2 terpilih ini begitu dahagakan ilmu, mereka memberi sepenuh kerjasama sepanjang program dijlnkn. Saya melihat mereka agak kurang ilmu dalam bidang keusahawanan, namun lihat pula mereka dari kaca mata dakwah diri mereka mempunyai aset yang begitu banyak untuk dakwah islamiyah contohnya dari segi ilmu agama, pidato, kepimpinan dan mungkin juga kesedaran tentang perjuangan Islam. Mungkin ini terkesan dari kem selama 9 hari yang telah mereka jalani sebelum ini. Saya diberitahu oleh seorang peserta bahawa 3 hari lepas mereka baru sahaja lepas menghadiri kem dakwah selama 9 hari. Melihatkan mereka, saya trfikir bagaimana jika kita yang sudah Islam dari lahir ini berada di tempat mereka, saat terbuka hati untuk menerima Islam. Peserta yang hadir adalah rata2 kebanyakannya orang sabah dan Sarawak dan juga orang asli.

Seinfiniti terima kasih saya ucapkan Dr Noor Hisham, selaku pengarah projek kursus ini atas bimbingan kepada kami para fasilitator program. Tahniah juga kepada Dr Noor Hisham sebagai pengarah projek pertama atas kejayaan program yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Kepada sahabat2 faci yang lain: Fadil, Faizal, Khai, Hafiez, Fauzi, Athi, Bari, Siti dan Wani, Terima kasih diucapkan, kalian adalah terbaik. Kepada peserta2, anda sangt2 terbaik, anda semua luar biasa, anda jua adalah usahawan Islam yang bakal menjadi seperti Usman Affan dan Siti Khadijah alaf baru. InsyaAllah, Amin…

Dengan ini saya lampirkan sedikit gambar sepanjang program sebagai perkongsian.



Salah satu sesi pembentangan. Peserta terbaik yang dipilih oleh oleh kami Taufik Celestine Abdullah (Berbaju jingga).

Ini pula salah satu slot Jati Diri.


Tetiba disuruh bagi ucapan penutup mewakili fasilitator, saya menghentam sahaja, hu2. Entah diorang faham ke tak apa saya cakap.

p/s:
1) Kamera tak sharp, 5 megapixel. Nampaknya saya tak berjaya mendapatkan Olympus tahun ini. ish2, sedih gak. Tak pela, asal ada kamera ya.

2) Belum puas berkongsi rasa dengan peserta-peserta program sebenarnya. Ingin sekali meng'interview' setiap dari mereka.

3) Asyik article perkongsian pengalaman sahaja. Sudah lama saya tidak menulis article tarbiyah.

Sunday, November 22, 2009

MyTEAMah Selepas Dua Tahun

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikumwarahmatullah....

Hampir 4 minggu blog ini tidak ter'update'. Lebih 2 minggu saya menahan diri dari menulis dek kesibukan menelaah untuk final exam. Sudah tahun ketiga, bermakna tinggal satu tahun lagi berada di alam kampus. Memerlukan paradigma pointer yang berterusan untuk menggapai kecemerlangan. Memang sudah seminggu saya bercuti, tetapi kerana ada sedikit masalah dalam penggunaan internet di rumah membuatkan hari ini baru sempat untuk saya menyapu sawang di blog ini.

Kalau ikutkan, memang banyak idea untuk menulis, maklumlah cuti semester telah tiba, banyak juga masa terluang, ketika inilah untuk saya terus mengasah bakat penulisan saya ini (ada bakat ke??). Erm, untuk entry kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan saya kerana pada bulan lepas termasuklah ketika hari raya yang lepas saya sempat bertemu dengan beberapa sahabat myTEAM (ex-KMPh) yang saya sangat rindui. Setiap kali bertemu, apalagi saya mengambil peluang untuk merakam gambar sebagai kenangan. Sampaikan seorang sahabat saya, Hanis berkata "Fifah sokmo amik gambar". Hik2. Inilah gambar gambar kenangan bersama sahabat-sahabat saya selepas lebih kurang dua tahun tidak bertemu.

Sahabat-sahabat yang ada gambar di atas, mintak izin letak gambar anda di sini ya (sudah letak baru mintak izin, hu2. Harap jangan marah ya).

p/s:
1) Gambar di atas adalah hasil kerja saya dalam photoscape. Sekarang saya mula berjinak-jinak dalam photoshop. Thanks to roomate tersayang, Raje dan Miza yang sudi mengajar saya menggunakan adobe photoshop. Jazakallah khairan kathiran.
2) Hasil kerja pertama saya dalam photoshop adalah gamabr-gambar sahabat JT, in progress, nantikan 'buah tangan' photoshop saya yang pertama.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com