Fathu Washington dalam 1511 H [KOMBAT]

on Thursday, December 2, 2010

Kulit buku 1511 H [KOMBAT]

Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikumwarahmatullah..


Jarang novel yang saya baca mendapat komen negatif dari saya. Mungkin kerana saya selalunya membaca novel daripada penulis yang saya sudah biasa membaca novelnya sebelum ini. Memang dalam pemilihan novel yang ingin dibeli salah faktor yang saya lihat adalah penulisnya.

1515 H Kombat bukan merupakan sebuah novel baru karya penulis prolifik Faisal Tehrani, (Faisal Tehrani) sudah lama teman2 merekomenkan novel ini kepada saya. Disebabkan susah untuk mendapatkannya di kedai-kedai buku biasa membuatkan saya baru sahaja memilikinya. Saya pasti, ramai penggemar2 novel di luar sana juga mencari novel ini di kedai-kedai buku.

Apa yang menariknya 1515 H Kombat ni?

Saya merasakan cara mesej yang ingin disampaikan dalam novel ini sangat kreatif. Secara ringkas mesej yang ingin disampaikan adalah ingin memberi kesedaran kepada pemuda-pemudi Islam untuk bangkit mempertahankan Isam. Dan juga ingin menanamkan semangat jihad kepada umat Islam terutamanya pemuda-pemudi Islam. Secara ringkas, ia adalah sebuah novel perjuangan. Adunan jalan cerita yang kreatif menjadikan mesej ini jelas sampai.

Juga tidak dinafikan, isi novel ini sangat berat. Cerita dengan latar masa depan, iaitu berlaku pada 1511 hijrah (2087 Masihi), memang susah untuk digambarkan oleh pembaca dengan gambaran masa depan yang diberikan penulis. Tambahan pula, gambarab cerita adalah berkenaan peperangan yang berlaku. Memang susah untuk menangkap di fikiran pembaca.

Benar, saya pernah berkata, baca novel2 FT ini kena banyak mujahadah, kalo tak tahan alamatnya memang separuh jalanlah jawabnya.

Babak sedih dalam cerita ini (novel2 yang saya baca semua ada babak sedih, errmm) ketika Emrullah syahid. Bergenang air mata saya ketika babak kelihatan garis di dahi Emrullah yang menandakan beliau bakal syahid. Tak tahulah macam mana perasaan kalau saya berada di tempat Muhammad Ameen. Melihat tanda2 sahabat kita akan meninggalkan kita.

Seperti saya berada di dalam filem peperangan pula lagaknya. Dikelilingi bom, peluru, kereta kebal dan pesawat. Ralit. Sungguh, bergetar keimanan bergetar keimanan.

Cerita ini mengisahkan bagaimana Gabungan tentera Pemuda Islam mepertahankan Makkah dan Madinah dari serangan kafir Amerika-Israel laknatullah. Terdapat 11 komander yang diberi tugas masing2 oleh seorang jeneral yang bernama Nusaybah yang bertanggungjawab mengepalai misi ini. Emrullah dan Muhammad Amin adalah diantara 11 komender yang dilantik. Semua komander di dalam novel ini dilantik dari kalangan anak muda. Tujuannya, untuk menunjukkan pemuda pemudilah yang berperanan penting dalam mempertahankan Islam. mungkin ini satu seruan bila melihatkan keadaan kini yang kebanyakan anak muda Islam sudah hanyut dari ajaran Islam.

Babak syahid yang ditonjolkan memang menusuk kalbu. Memberi kefahaman tentang erti syahid yang sebenarnya. Serius, memang meremang bulu roma saya membaca novel ini.

Selepas Makkah dan Madinah berjaya dipertahankan umat Islam. Tentera Pemuda Islam melaksanakan misi menyerag Washington DC. Ini yang saya sendiri namakan Fathu Washington (Pembukaan Washington).

"Kita mesti ke sana, ini sahaja caranya. Kita mesti membebaskan dunia daripada penjajahan Amerika. Untuk meleraikan penjajahan fikiran yang mereka lakukan selama ini, kita perlu bermula dengan pembebasan Washington" ~Komander Muhammad Ameen~

Jika benarlah dengan pembebesan dan pembersihan Washington dapat membebaskan fikiran pemuda-pemudi Islam dari dijajah, dapat melemahkan kuasa Yahudi, lantas memudahkan laluan membebaskan bumi Palestin, namun kesatuan manakah dan bilakah ini akan berlaku?

1511 H yang penuh misteri, tidak terjangkau difikiran diri ini, kerna masa depan itu rahsia Allah.

Selamat datang 1432 ~

5 comments:

Anonymous said...

sungguh kreatif tulisan saudari afifah teruskan lg ana amat ternanti2 artikal yg terbaru lg dri saudari afifah

mutiara solehah said...

anonymous - terima kasih anony. xde kreatif pun, semua ilham dr Allah. lbh bgs jika saudara/i anony guna nama sebenar..

stay turned dengn mutiara solehah.. =)

Anonymous said...

huhuhu...ana selalu dekat dng anti n slalu mengikuti perkmbangan blog anti truskan usha anti na...ana slalu myokong anti

mutiara solehah said...

anonymous - masyaAllah., terharu ad jgk orng y selalu mengikuti perkembngn blog ana.. terima kasih ats sokongn. moga penulisan ana ini dan sokongn saudara/i ad 'saham'nya di akhirat sne. hidup ni nk redha Allah y plng utama. So, ap2 y kita buat msti ad mtlmtnya nk redha Allah walau sekadar menulis di blog..

Jazakallah khairan kathiran.. =)

Megha said...

Salam.thanx diatas review novel ini.t'sgt inginkn m'bace novel2b'kualiti FT.tp,apakn daya,novelnya agk mhl dr novel2 publisher yg laen(itu m'buatkn sy b'fikir byk kali sblm mmbeli!!)..feel free to visit+speak up ur views on my blog http://meghaeiman.blogspot.com. It's a very new blog.Sy penggemar sastera tmptn+inggeris. :)