Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikumwarahmatullah..
Ku tahu, kamu sudah besar dan matang untuk berfikir,
Ya, ya. Kamu hanya duduk dekat, bukan bersentuhan, bukan berpegangan,
Ya, ya, kau bagi jawapan lagi "alah, fitrah manusia, ad perasaan cinta bro"
Tapi adakah kamu mengerti?
Atau kamu sengaja tidak mahu mengerti?
Kamu tahu zina itu haram.. ya, ya kamu tahu.
Kamu tahu juga mendekati zina itu haram,
Kamu tahu ayat itu ”janganlah engkau mendekati zina”?
Aku yakin kamu tahu, tapi kamu tidak mengerti.
Kamu tahu bahawa pabila lelaki dan perempuan itu berdua-duaan,
Ada syaitan di tengah-tengah?
Kamu tahukan bahawa syaitan itu tidak kan pernah berputus asa menggodamu,
Kamu tahu bukan makhliuk itu konsisten menggodamu,
Mengertikah kenapa Al-Quran mengatakan jangan menghampiri zina?
Mungkin kamu tidak tahu, couple, berdua-duaan, itu semua menghampiri zina.
Jadi, ketahuilah, mengertilah, janganlah melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina.
Ku yakin, kamu tahu akibat-akibatnya,
Namun, bilakah kau akan mengerti?
Jangan sampai bila matahari sudah tidak memancarkan sinarnya lagi.

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (17:32)
p/s: jemput baca artikel ini juga "Manajmen Cinta Buat Para Wanita". Moga bermanfaat. =)





2 comments:
nice artikel ni nk copy leh k
anony a.k.a shima - boleh je.. dpersilakan,,, =)
Post a Comment
Post a Comment