Penuh Keberanian Wahai Egyptian

on Friday, February 4, 2011

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Bahasa rakyat Mesir buat pemimpin ~

Akhirnya, selepas segala kezaliman semakin menebal dan keadilan semakin pudar. Mesir bermandikan kuasa rakyat.

Selepas hampir 30 tahun dengan keputusan pilhanraya presiden yang hampir sama setiap tahun. Tibalah kemuncak kemarahan rakyat, jadi siapa yang susah? Si mangkuk itu mungkin menikus sahaja di bilik kebalnya.

Segala alasan propaganda dan juga kononya ucapan tanda prihatin dengan apa yang berlaku mula ditonjolkan. Tapi, masa kini anak-anak musa sudah menunjukan 'harimau' dalam dirinya. Dan impaknya, Mesir dihujani kuasa rakyat.

Kisah berapa kematian, berapa ramai yang cedera. Sudah tidak perlu dihitung. Sangat mahal yang perlu dibayar demi sebuah kebangkitan, sudah 150 nyawa sebagai gantinya. Dan ia belum berakhir. Dan Hosni yang tidak mubarak itu terus menikus dengan pelbagai alasan dan strategi. mungkin juga menanti 'bapa' dan 'pak cik'nya iaitu si Amerika dan Israel memberi pertolongan.

Jadi, buat semua seluruh muslim wajar bagi kita menyokong perjuangan rakyat Mesir. Agar kerajaan mesra Amerika dan Israel ini runtuh dan jatuh tersungkur. Agar ada sinar cahaya buat kemerdekaan Palestin. Walau, masih kabur untuk melihat Ikhwanul Muslimin (parti Islam di Mesir) memerintah. Tapi ingat, kuasa Allah itu luar biasa, siapa tahu.

Kerana sokongan kita kepada mereka adalah sokongan melawan kezaliman dan kemungkaran. Sokongan kita adalah sokongan buat kebebasan Palestin. Sokongan kita adalah sokongan moga keadilan dan hak ditegakkan. Sokongan kita adalah sokongan agar Amerika dan Israel itu turut jatuh tersungkur.

Buat pelajar2 Malaysia yang menuntut di sana, moga semua selamat dan dapat meneruskan kembali pengajian di bumi kinanah ini.

Buat sekalian rakyat Mesir, tahniah atas keberanian ini...!

"kami sudah tidak takut mati kerana kami sudah lama 'mati' sejak Hosni memerintah" kata salah seorang protester.

Ya Allah, moga syahid buat muslim yang telah bergadai nyawa dalam pergolakan ini. Moga pemerintahan Islam dapat ditegakkan jua di bumi kinanah ini. Hancur kufar..!

Buat semua di Malaysia teruskan menembak doa...


The Egyptian Revolution ~


p/s:
Alhamdulillah dapat chat dan call sahabat di Alex, Mansoura dan Tanta. Lega, mereka selamat dan pelajar2 Malaysia di sana semua selamat. alhamdulillah, internet dan telefon juga sudah ok di sana. Moga terus diberi kekuatan buat kamu, wahai teman2 di sana. Pengalaman buat kamu yang terpilih di sana..

4 comments:

azroy faiz said...

rasa smangat sgt baca blog akak ni..ayuh, tegakkan islam di bumi ini..

mutiara solehah said...

faiz - syukran.. alhamdulillah.. ni pun selepas lama akak tulis entry merepek di blog.. hu2..jom sama2 tegkkan islam di bumi Allah.. (^_~)

Naisophon said...

Bagi saya Hosni tu Hero. Kalau takda dia, tak stabil timur tengah. Perang je dengan Israel. At least bila ada dia, 80 juta rakyat mesir selamat dari Israel.

HDI Egypt pun takda lah teruk sangat. 0.62 poin index HDI. HDI ni human development index. HDI kelantan pun lebih rendah dari Egypt, at 0.57..

so, egypt (and hosni not bad at all)


Kesilapan dia mungkin sebab dia dah lama sangat perintah, dah sedap pegang kuasa.

wan afifah said...

Naisophon - sebab kamu melihat Hosni dr pndngn ekonomi kn? dan sy melihat dr pndngn agama.

jd, tidak tahukah kamu betapa bnyknya korupsi dan ketidakadilan dlm permetintahna hosni?

Try bc tntang khaled said, dan tidak tahukan kamu bahawa sdh berapa ramaikah ulama2 mesir y ingin menyatakan kebenaran ditngkap.

skdr pndangan sy, lihatlah dr sudut agama...