Hanya Kerana Lapan Tuntutan

on Sunday, July 3, 2011

Bismillahirahmanirahim..


Assalamualaikum warahmatullah..

Mereka hanya ingin menyatakan lapan tuntutan itu sahaja. Mereka hanya ingin berhimpun menyatakan lapan tuntutan itu agar pemerintah mendengarnya, kerana tuntutan-tuntutan itu bukan perkara berlanggaran dengan agama, malah jika diteliti lapan tuntutan itu semua untuk menuntut keadilan.

Lapan tuntutan BERSIH

Ya.. ya memang kita harus bersyukur dikurniakan negara yang sudah aman damai. Namun, pandanglah dari sudut agama, dari sudut akhirat. Kita tidak mahu ketidakadilan terus bermaharajalela bukan.

Ya.. ya ada yang menyatakan bahawa negara ini sudah adil. Kalau sudah adil kenapa masih timbul lapan tuntutan yang perlu didengari dalam pilihanraya tersebut.

Rakyat hanya ingin berkumpul beramai-ramai menghantar memorandum lapan tuntutan itu sahaja. Di Britain, demonstrasi jalanan seramai 700000 orang itu berlaku aman sekali. Kenapa? Kerana polis mengawal demontrasi, bukan menentang, bukan menyembur dengan air pemedih mata.

Ramai berkata, demontrasi jalanan akan mengundang kerosakan dan menghuru-harakan negara. Mereka hanyalah rakyat tanpa senjata wahai pemimpin, mereka hanya rakyat yang berbaju kuning, turun untuk menyatakan sokongan agar pembaikan pilihanraya Malaysia melalaui lapan tuntutan Bersih itu. Bukan kerana individu dan bukan juga kerana pengeusi Bersih, Datuk Ambiga. Kekacauan hanya akan timbul bila berlaku provokasi, bila ada yang mencetuskannya.

Ada juga berkata, demontrasi itu haram, kerana tidak dpapat permit polis. Mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. jadi, apa lagi salah pada rakyat. Mereka diibaratkan hanya bersiar-siar beramai-ramai di jalanan dengan satu tujuan.

Ini pula keluar dalil bahawa haruslah menegur pemimpin dengan lembut, nasihatilah pemimpin dengan sebaiknya. Iya.. tetapi, sampai kini pemimpin masih tidak mendengar tuntutan pembersihan pilihanraya ini bukan? Ini bukan yang pertama tapi sudah yang kedua.

Akhir kata, saya tidak mengharapkan apa-apa selain terus mengharapkan agar Malaysia terus aman dan sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah. Kerana ingin berkat Allah inilah keadilan harus ditegakkan. Kita mahu pelaksanaan Islam. Islam itu adil untuk semua aspek dan adil untuk semua orang.

Bersama kita hayati teguran Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

“Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya: Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina.”

Ayuh.. tegakkan keadilan walau kita di pihak mana sekalipun..!

Saya juga anak muda sayang Malaysia. Anda?


p/s: Untuk perkongsian bersama, saya 'share'kan video berkenaan dengan politik buat anda. Tengok dengan zikir dan fikir, bahaskan secara intelektual. Sangat bagus, walau berbeza pendapat kedua-dua ahli panel amat menghormati hujah masing-masing. Dan yang paling penting akhlak dan ukhuwah Islamiyah tetap dijaga. =)


1 comments:

Anonymous said...

memang ade pro dan kontra. Tuntutan 8 perkara tu baik, tapi ada beberapa poin lebih penting tertinggal.

poin macam dakwat tu small matter saja.

Poin yang tertinggal, mcm limit penggal wakil rakyat, ishtihar bajet kempen setiap DUN, tempoh bertenang emotional vs rational, semua tu tak masuk pun dalam tuntutan. Padahal itu lagi penting.

8 perkara ni benda remeh.